Wednesday, April 21, 2010

i LOVE to blend...

Ini adalah antara hobi aku kat rumah... Buat fruit juice, smoothies dan ice blended... hehehehehe... syok wooooooo... murah, jimat dan mengikut citarasa sendiri.... hehehehehe....


Tuesday, April 20, 2010

Fried Carrot Cake @ Foodcourt Vivo City, Singapore

For those yang dok kat JB atau pernah ke pasar malam di JB, korang mesti pernah nampak Fried Carrot Cake ni. So far aku tak pernah pulak nampak mende alah ni kat negeri lain selain kat Johor.

Tiap kali gi pasar malam and lalu kat sebelah gerai orang jual fried carrot cake ni, terliur aku dibuatnya. tapi apa kan daya... dikuatiri tidak halal.

Tapi akhirnya, masa aku ke Singapore bulan lepas, aku terjumpa fried carrot cake ni kat foodcourt Vivo City and confirm halal.... So, ape lagi... try ler....

Baghdad Cafe @ Bandar Seri Putra, Bangi

Since dah pindah JB ni, kitaorang balik Bangi kalau ada urusan kerja atau keperluan je. Tetiba balik BSP kadang2 tu torkojut gak.... baru tinggal seminggu tup tup ade je perubahan2 yang agak ketara...

Antaranya ialah Baghdad Cafe ni. Ade kesempatan kitorang pon terjah le... well, not bad! Boleh tahan jugak rasanya. Memang rasa macam makan kat Iraq je. Siap ada jual BEER takde alkohol lagi... hehehehehe...

Kluang Rail Coffee @ Kluang, Johor

Kedai kopi femes di Kluang... apa lagi, kalau bukan Kluang Rail Coffee di Stesyen Keretapi Kluang.

Kopi kaw yang best... aku selalu beli kopi peket diorang untuk ngopi kat rumah.... hehehehe...

Next time aku akan buat review cawangan Kluang Rail Coffee kat Plaza Kotaraya JB pulak kalau ada kesempatan... Dah berkali-kali ke sana, tapi tak bawak camera la pulak... hehehe...

Bagan Nyior Ikan Bakar @ Bagan Lalang, Selangor

Alamak!!! Dah berbulan lamanye aku tak berblogging... hehehehe... sebok sket dengan kerje baru....

Kali ni review about gerai Bagan Nyior Ikan Bakar di Bagan Lalang, Selangor... Actually aku ke Bagan Lalang ni last year bulan Ogos, tapi gambar-gambar gerai makan ni 'tersimpan' je dalam laptop sebab tak berkesempatan nak update blog.... hehehehe...


Tuesday, August 18, 2009

Green Jade Republic @ Taman U, Skudai, Johor

Dah lama betul aku tak update blog ni. Green Jade Republic ni terletak di Taman U, Skudai. Aku masih ingat lagi masa aku dok kat Taman Sri Skudai (3rd year kat UTM) dulu, aku, Yus & Aza selalu beli cendol kat simpang 4 Taman Seri Skudai. Boleh dikatakan hari-hari.... Masa tu brader jual cendol tu guna lari kecik je.

Kali terakhir aku nampak brader cendol tu beberapa tahun lepas. Kat gerai cendol dekat pasar Taman U. Dan sekarang dah makin maju nampaknya....



Thursday, July 9, 2009

Bangi Kopitiam @ Bandar Baru Bangi

Actually dah lama aku nak buat review pasal Bangi Kopitiam ni. Pertamanya sebab aku suka lepak kat situ. Dan yang keduanya sebab, baru aku tau ropa-ropanya, kopitiam ni milik suami kepada Chai Yin, kawan merangkap senior architect aku masa aku kerja kat Perunding Alam Bina dulu. Memang aku tak sangka...

Kalau nak diikutkan, kopitiam ni memang dah cukup glemer sebab dah 2 3 kali masuk tv. Tapi oleh kerana tempat ni best, dan kawan aku punya pulak tu, so aku rasa aku patut war-warkan untuk pengetahuan umum. Hehehehe...