Saturday, May 30, 2009

Sunset @ Pontian

Pada 24 Mei yang lalu, lepas tengok AutoShow kat Pontian & test drive City sampai ke Kukup, aku lepak kat area waterfront Pontian tunggu sunset. Alya & Pn Engineer tak ikut sebab Pn Engineer tak sehat.


Lepas ambik gambar, aku pun layan le yong tau fu kat gerai bergerak yang ada kat situ... Layan je lah.....

Pasar Tani Larkin Revisited

Pada 23 Mei yang lepas, macam biasa kalau hari Sabtu, kat JB pulak tu, kitorang pun gi lah sarapan kat luar. Sebelum sarapan sempat ke Pasar Tani Larkin.

Gerai pertama aku tuju gerai yang jual air mango blend. Yummyyyyyyyyyyy... Puan Engineer pulak cam biasa lah, gerai bahulu gulung feveret dia...

Hari tu kitorang try beli cream puff & choc ball. Emmmmmm.... tidak mengecewakan... Dengan harga yang berpatutan dan rasa yang yummy yummy... not bad at all! Next time boleh beli lagi.

Saturday, May 16, 2009

AMIN's Mango Milk Shake

Macam biasa, kalau complete segala bahan-bahannyer, aku akan buat feveret drink aku ni, Mango Milk Shake. Senang je, tak susah... Bahan-bahan asasnyer:

  1. Sebijik buah mangga
  2. Sedikit susu segar
  3. Sedikit ais krim vanilla
  4. Sedikit air
  5. Gula secukup rasa

Lindt

Bulan lepas Pn Engineer ke France atas urusan kerja. Sebagai seorang yang dikategorikan dalam golongan giler coklat, macam biasalah, balik dari Europe mesti bawak balik berkotak-kotak coklat.

Baru hari ni kitorang terasa nak bukak kotak coklat Lindt ni sebab harganyer yang sedikit mahal. Hehehehehehehehehehehehe... Yummy... Yummy...

Bisik Bisik Revisited


Pada 12 Mei yang lepas, Pn Engineer ada meeting kat UTHM. Oleh kerana meeting start pukul 2.30 dan kitorang pulak sampai awal, so kitorang pun gi lah lunch kat Bisik-Bisik di Parit Raja.

Belek punya belek the menu, at last kitorang decided to try western food sebab harga local food kat Bisik-Bisik ni kitorang rasa macam tak berbaloi je nak try... Puan Engineer makan Lamb Chop dan aku pulak makan Bolognese Spagetti & Lasagna. Dengan harga yang berpatutan dan rasa yang.... yummy... yummy... kira berbaloilah dengan harga yang dibayar....

Sunday, May 10, 2009

Perkampungan Ikan Bakar Terapung @ Umbai, Melaka

Pada 7 Mei yang lepas, masa balik dari Muor, aku & Pn Engineer sempat menerjah Perkampungan Ikan Bakar Terapung ni. Best gak tempat ni. Terutamanya untuk orang yang giler seafood macam aku.

Tempat ok. Makanan ok. Parking senang. Harga pun ok. Kira ok la tu....

Next time kalau ke sana lagi kitorang nak terjah Pernu pulak. Pn Engineer kata kat Pernu lagi best.....

Restoran ZZ @ Jalan Petri, JB

Restoran ZZ ni ialah kedai makan faveret kitorang sekeluarga untuk bersarapan di hujung minggu kalau aku & Pn Engineer balik ke JB.

Menu feveret aku & Pn Engineer kat sini ialah kuih lopez. Sedap siotttttt... Die die must try! Feveret MIL aku lak mee rebus tulang.


Pasar Tani Larkin @ JB

Pada 2 Mei yang lepas, aku sempat ke Pasar Tani Larkin. Tak sangka tempat tu memang best untuk mencari makanan di pagi hari Sabtu. Patut la Pn Engineer kata best giler... memang best pon.

Next time kena pegi lagi ni. Hari tu tak sempat nak menjenguk setiap gerai sebab nak cepat.