Thursday, July 9, 2009

Bangi Kopitiam @ Bandar Baru Bangi

Actually dah lama aku nak buat review pasal Bangi Kopitiam ni. Pertamanya sebab aku suka lepak kat situ. Dan yang keduanya sebab, baru aku tau ropa-ropanya, kopitiam ni milik suami kepada Chai Yin, kawan merangkap senior architect aku masa aku kerja kat Perunding Alam Bina dulu. Memang aku tak sangka...

Kalau nak diikutkan, kopitiam ni memang dah cukup glemer sebab dah 2 3 kali masuk tv. Tapi oleh kerana tempat ni best, dan kawan aku punya pulak tu, so aku rasa aku patut war-warkan untuk pengetahuan umum. Hehehehe...



Wednesday, July 8, 2009

Season Cafe @ Batu Pahat

Pada 27 Jun yang lepas, masa Puan Engineer ada kerja kat UTHM, kitorang terpaksa bermalam di Batu Pahat. Malam tu Puan Engineer sempat menelepon kawan lama masa sama-sama belajar di UTM dulu.

Mula-mula, kitorang ajak Syem & family ke Batu Pahat Walk. Dengar macam best... Tapi si Syem kata dia serabut dok kat situ. Lalu dicadangkan kitorang makan je kat Restoran 3 Puteri. Tapi apokan dayo, Restoran 3 Puteri pulak tutup. So kitorang pun terjah jer Season Cafe ni yang letaknya tak jauh dari Restoran 3 Puteri tadi...