Showing posts with label Batu Pahat. Show all posts
Showing posts with label Batu Pahat. Show all posts

Wednesday, July 8, 2009

Season Cafe @ Batu Pahat

Pada 27 Jun yang lepas, masa Puan Engineer ada kerja kat UTHM, kitorang terpaksa bermalam di Batu Pahat. Malam tu Puan Engineer sempat menelepon kawan lama masa sama-sama belajar di UTM dulu.

Mula-mula, kitorang ajak Syem & family ke Batu Pahat Walk. Dengar macam best... Tapi si Syem kata dia serabut dok kat situ. Lalu dicadangkan kitorang makan je kat Restoran 3 Puteri. Tapi apokan dayo, Restoran 3 Puteri pulak tutup. So kitorang pun terjah jer Season Cafe ni yang letaknya tak jauh dari Restoran 3 Puteri tadi...




Tuesday, June 23, 2009

Restoran Nasi Ayam Haji Ali @ Parit Raja, Batu Pahat

Pada 12 Jun yang lepas masa aku macam biasa menghantar Pn Engineer meeting kat UTHM, oleh kerana nak kejar sembahyang jumaat dan meeting pukul 3 petang, kitorang sempat singgah di Restoran Nasi Ayam Haji Ali di Parit Raja.

Kebiasaannya, setiap kali kitorang lalu kat depan restoran ni, nampak macam sentiasa ada orang je. So bila berkesempatan, kitorang pun try lah...


Saturday, May 16, 2009

Bisik Bisik Revisited


Pada 12 Mei yang lepas, Pn Engineer ada meeting kat UTHM. Oleh kerana meeting start pukul 2.30 dan kitorang pulak sampai awal, so kitorang pun gi lah lunch kat Bisik-Bisik di Parit Raja.

Belek punya belek the menu, at last kitorang decided to try western food sebab harga local food kat Bisik-Bisik ni kitorang rasa macam tak berbaloi je nak try... Puan Engineer makan Lamb Chop dan aku pulak makan Bolognese Spagetti & Lasagna. Dengan harga yang berpatutan dan rasa yang.... yummy... yummy... kira berbaloilah dengan harga yang dibayar....

Saturday, April 11, 2009

Rengit Coffee @ Batu Pahat Mall

Entry kali ni pun masih lagi kat area Batu Pahat....

Juga, pada 7 April yang lepas, masa aku terpaksa menunggu Pn Engineer gi meeting kat UTHM, aku pun cari pot untuk melepak dengan anak dara aku yang tersayang. Oleh kerana tak tau nak gi mana, aku terjah le Batu Pahat Mall.

Pusing punya pusing, aku pun masuk le ke Rengit Coffee. Nampak macam best. Tapi bila aku masuk, aku terasa macam masuk ke dalam 'clone' Old Town White Coffee. Tengok menu pun lebih kurang sama jer.

Anyway, aku layan jer....



Bisik-Bisik @ Parit Raja, Batu Pahat

Untuk first entry ni aku mulakan dengan Bisik-Bisik Restaurant & Cafe. Terletak di pekan Parit Raja, Batu Pahat. Dekat dengan UTHM.

First time aku nampak kedai makan ni aku terus rasa teruja nak terjah. Akhirnye pada 7 April yang lepas, masa aku hantar Pn Engineer gi meeting kat UTHM, aku pun try ler...

Emmmmm.... best gak. Exterior & interior yang menarik. Menu pun ok. Harga pulak aku rasa korang sendiri pun boleh agak....