Showing posts with label Johor. Show all posts
Showing posts with label Johor. Show all posts

Tuesday, April 20, 2010

Kluang Rail Coffee @ Kluang, Johor

Kedai kopi femes di Kluang... apa lagi, kalau bukan Kluang Rail Coffee di Stesyen Keretapi Kluang.

Kopi kaw yang best... aku selalu beli kopi peket diorang untuk ngopi kat rumah.... hehehehe...

Next time aku akan buat review cawangan Kluang Rail Coffee kat Plaza Kotaraya JB pulak kalau ada kesempatan... Dah berkali-kali ke sana, tapi tak bawak camera la pulak... hehehe...

Tuesday, August 18, 2009

Green Jade Republic @ Taman U, Skudai, Johor

Dah lama betul aku tak update blog ni. Green Jade Republic ni terletak di Taman U, Skudai. Aku masih ingat lagi masa aku dok kat Taman Sri Skudai (3rd year kat UTM) dulu, aku, Yus & Aza selalu beli cendol kat simpang 4 Taman Seri Skudai. Boleh dikatakan hari-hari.... Masa tu brader jual cendol tu guna lari kecik je.

Kali terakhir aku nampak brader cendol tu beberapa tahun lepas. Kat gerai cendol dekat pasar Taman U. Dan sekarang dah makin maju nampaknya....



Wednesday, July 8, 2009

Season Cafe @ Batu Pahat

Pada 27 Jun yang lepas, masa Puan Engineer ada kerja kat UTHM, kitorang terpaksa bermalam di Batu Pahat. Malam tu Puan Engineer sempat menelepon kawan lama masa sama-sama belajar di UTM dulu.

Mula-mula, kitorang ajak Syem & family ke Batu Pahat Walk. Dengar macam best... Tapi si Syem kata dia serabut dok kat situ. Lalu dicadangkan kitorang makan je kat Restoran 3 Puteri. Tapi apokan dayo, Restoran 3 Puteri pulak tutup. So kitorang pun terjah jer Season Cafe ni yang letaknya tak jauh dari Restoran 3 Puteri tadi...




Tuesday, June 23, 2009

Restoran Nasi Ayam Haji Ali @ Parit Raja, Batu Pahat

Pada 12 Jun yang lepas masa aku macam biasa menghantar Pn Engineer meeting kat UTHM, oleh kerana nak kejar sembahyang jumaat dan meeting pukul 3 petang, kitorang sempat singgah di Restoran Nasi Ayam Haji Ali di Parit Raja.

Kebiasaannya, setiap kali kitorang lalu kat depan restoran ni, nampak macam sentiasa ada orang je. So bila berkesempatan, kitorang pun try lah...


Sedap Corner @ Jusco Taman U, JB

Restoran Sedap Corner ni memang femes terutamanya di kalangan orang Johor Bahru sebab kalau tak silap aku, dia ada kat JB je. HQ restoran ni kalau tak silap aku terletak kat Jalan Abdul Samad. Tapi cawangannya ada banyak la jugak kat JB ni.

Restoran ni memang sedikit terkenal dengan kemahalannya. Tapi walaupun sedikit mahal, rasa makanannya memang sesedap namanya. Antara yang mahal tapi sedap ialah kuih seri muka yang berharga RM1.20 seketul yang mana saiznya macam kuih seri muka yang kita beli dengan harga RM0.40 kat kedai biasa.

Kalau korang ke Sedap Corner ni jangan lupa order Phad Thai yang memang beshhhhh!!! Yummyyyyyy... Sedap....


Monday, June 22, 2009

Restoran Zorro @ Stulang, JB

9 Jun yang lepas masa aku menghantar Pn Engineer ke meeting di Menara Cyberport, aku sempat ke Restoran Zorro, Stulang. Ini la port aku kalau aku melepak kat Stulang, tak kira sorang-sorang atau beramai-ramai.

Menu feveret aku kat sini ialah makan otak-otak & minum jus buah sambil melepak-lepak...

Tuesday, June 9, 2009

Senibong @ Permas Jaya, JB

Malam semalam (8 Jun 2009), aku, Eskerk, Sani & Padil (kawan Eskerk) seperti yang telah dirancang minggu lepas telah ke Senibong untuk makan-makan. Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... Best gak Senibong ni ruper nyer... Not bad! Lain kali boleh ajak Pn Engineer & Alya ni.

Setelah puas berjalan mencari port makan yang cam best, kitorang sepakat makan kat Anjung Senibong dan macam biasa, dengan rakusnyer kitorang pun order lah makanan yang kena dengan tekak kitorang.


Waaaaaaaaaa.... Punyer la rakus budak-budak tu. Licin semua pinggan. Yang tinggal hanyalah tulang ikan kerapu kat atas pinggan. Hehehehehehehehehehehehehehehehehehehe...

Time bayor, kena la tontong... 4 orang makan kena RM109.90. Kira ok la tu... Sekali sekala makan ramai-ramai...

Thursday, June 4, 2009

Mee Rebus Hj Wahid @ Plaza Angsana, JB

Untuk pengetahuan korang semua, kat Johor Bahru ni ada jugak mee rebus yang best. Kalau sebut je Mee Rebus Hj Wahid, aku rasa semua orang JB kenal. Memang sedap!

Tapi, pada aku mee rebus Mastan Ghani lagi sedap. Next time kalau aku balik Teluk Intan, akan aku terjah mee rebus tu. Sorry yer orang JB, sebelum aku merasa mee rebus Hj Wahid pujaan korang ni, aku terlebih dulu menjamah mee rebus Mastan Ghani yang tiada tolok bandingannya. Hehehehehehehehehehehehehe...

Warung Saga @ Jalan Mahmoodiah, JB

2 Jun yang lalu, masa aku hantar Pn Engineer gi appointment di TNB Jalan Yahya Awal JB, aku menyempatkan diri untuk menerjah Warung Saga di Jalan Mahmoodiah ni. Actually dah lama aku tau tentang warung ni, cuma masa je yang tak mengizinkan.

Warung Saga ni terkenal dengan sarapan paginya. Pn Engineer kata, kalau waktu sarapan pagi, nak cari parking kereta pun susah.

Tapi yang aku suka sangat dengan warung ni ialah hiasan interiornya. Macam tak percaya je bila aku masuk ke dalam warung ni. Penuh dengan gambar gambar lama siot!!! Fotostat IC P Ramlee pun ada. Gambar-gambar sejarah negeri Johor jangan citer lah..... Banyak giler!!!! Dan memang best!!!