Showing posts with label restoran. Show all posts
Showing posts with label restoran. Show all posts

Wednesday, July 8, 2009

Season Cafe @ Batu Pahat

Pada 27 Jun yang lepas, masa Puan Engineer ada kerja kat UTHM, kitorang terpaksa bermalam di Batu Pahat. Malam tu Puan Engineer sempat menelepon kawan lama masa sama-sama belajar di UTM dulu.

Mula-mula, kitorang ajak Syem & family ke Batu Pahat Walk. Dengar macam best... Tapi si Syem kata dia serabut dok kat situ. Lalu dicadangkan kitorang makan je kat Restoran 3 Puteri. Tapi apokan dayo, Restoran 3 Puteri pulak tutup. So kitorang pun terjah jer Season Cafe ni yang letaknya tak jauh dari Restoran 3 Puteri tadi...




Tuesday, June 23, 2009

Restoran Nasi Ayam Haji Ali @ Parit Raja, Batu Pahat

Pada 12 Jun yang lepas masa aku macam biasa menghantar Pn Engineer meeting kat UTHM, oleh kerana nak kejar sembahyang jumaat dan meeting pukul 3 petang, kitorang sempat singgah di Restoran Nasi Ayam Haji Ali di Parit Raja.

Kebiasaannya, setiap kali kitorang lalu kat depan restoran ni, nampak macam sentiasa ada orang je. So bila berkesempatan, kitorang pun try lah...


Sedap Corner @ Jusco Taman U, JB

Restoran Sedap Corner ni memang femes terutamanya di kalangan orang Johor Bahru sebab kalau tak silap aku, dia ada kat JB je. HQ restoran ni kalau tak silap aku terletak kat Jalan Abdul Samad. Tapi cawangannya ada banyak la jugak kat JB ni.

Restoran ni memang sedikit terkenal dengan kemahalannya. Tapi walaupun sedikit mahal, rasa makanannya memang sesedap namanya. Antara yang mahal tapi sedap ialah kuih seri muka yang berharga RM1.20 seketul yang mana saiznya macam kuih seri muka yang kita beli dengan harga RM0.40 kat kedai biasa.

Kalau korang ke Sedap Corner ni jangan lupa order Phad Thai yang memang beshhhhh!!! Yummyyyyyy... Sedap....


Monday, June 22, 2009

Restoran Zorro @ Stulang, JB

9 Jun yang lepas masa aku menghantar Pn Engineer ke meeting di Menara Cyberport, aku sempat ke Restoran Zorro, Stulang. Ini la port aku kalau aku melepak kat Stulang, tak kira sorang-sorang atau beramai-ramai.

Menu feveret aku kat sini ialah makan otak-otak & minum jus buah sambil melepak-lepak...

Saturday, May 16, 2009

Bisik Bisik Revisited


Pada 12 Mei yang lepas, Pn Engineer ada meeting kat UTHM. Oleh kerana meeting start pukul 2.30 dan kitorang pulak sampai awal, so kitorang pun gi lah lunch kat Bisik-Bisik di Parit Raja.

Belek punya belek the menu, at last kitorang decided to try western food sebab harga local food kat Bisik-Bisik ni kitorang rasa macam tak berbaloi je nak try... Puan Engineer makan Lamb Chop dan aku pulak makan Bolognese Spagetti & Lasagna. Dengan harga yang berpatutan dan rasa yang.... yummy... yummy... kira berbaloilah dengan harga yang dibayar....

Sunday, May 10, 2009

Restoran ZZ @ Jalan Petri, JB

Restoran ZZ ni ialah kedai makan faveret kitorang sekeluarga untuk bersarapan di hujung minggu kalau aku & Pn Engineer balik ke JB.

Menu feveret aku & Pn Engineer kat sini ialah kuih lopez. Sedap siotttttt... Die die must try! Feveret MIL aku lak mee rebus tulang.


Saturday, April 11, 2009

Bisik-Bisik @ Parit Raja, Batu Pahat

Untuk first entry ni aku mulakan dengan Bisik-Bisik Restaurant & Cafe. Terletak di pekan Parit Raja, Batu Pahat. Dekat dengan UTHM.

First time aku nampak kedai makan ni aku terus rasa teruja nak terjah. Akhirnye pada 7 April yang lepas, masa aku hantar Pn Engineer gi meeting kat UTHM, aku pun try ler...

Emmmmm.... best gak. Exterior & interior yang menarik. Menu pun ok. Harga pulak aku rasa korang sendiri pun boleh agak....